BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Filem The Division Akan Datang Ke Netflix

Hari ini pihak Ubisoft mengesahkan lagi bahawa filem The Division yang pada mulanya diumumkan pada 2016 akan datang ke Netflix. Ia akan diarahkan oleh David Leitch yang sebelum ini mengarah filem Atomic Blonde, Deadpool dan yang terbaru The Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw.

Filem The Division yang akan dibintangi oleh Jake Gyllenhaal and Jessica Chastain.

Jake Gyllenhaal sekarang ini sedang berlakon dalam filem Spider-Man: Far From Home sebagai Mysterio. Kalau tak salah kami, filem The Division ini akan menjadi filem adaptasi game Ubisoft yang kedua buatnya selepas Prince of Persia. 

Filem terbaru Jessica Chastain pula ialah Dark Phoenix. Beliau juga akan membintangi It: Chapter 2 yang akan berada dipanggung pada bulan 9 nanti.

The Division akan berkisar tentang agen Strategic Homeland Division yang cuba merungkai misteri di sebalik tragedi virus pandemik yang tersebar melalui wang tunai yang tercemar pada Black Friday. Virus tersebut telah menghancurkan New York City dan membunuh berjuta-juta manusia. Tamadun manusia hanya boleh bergantung kepada sekumpulan orang awam yang terlatih dipanggil The Division untuk menyelamatkan sisa-sisa masyarakat yang masih selamat.

Game The Division telah diberikan percuma kepada semua ahli Playstation Plus pada bulan Januari lepas. Keahlian PS Plus membenarkan kau memiliki games yang diberikan percuma tanpa muat turun terlebih dulu. Kalau tak cuba lagi, sila muat turun sekarang. Bagi kami game The Division yang pertama masih berbaloi untuk dimainkan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More