Filem Doctor Strange 2 Akan Mendapat Pengarah Baru!
Doctor Strange 2: The Multiverse of Madness. Baca tajuk sahaja dah boleh buat korang rasa excited dan tak sabar nak tengok apakah muslihat Marvel untuk filem Doctor Strange terbaru nanti. Multiverse bererti adakah kita akan lihat versi-versi lain karakter Avengers dan karakter dalam MCU yang berbeza dari universe lain? Kalau nak ingat balik, filem Doctor Strange (2016) memang menakjubkan dan tak dinafikan yang ia adalah salah satu filem Marvel yang betul-betul rasa sangat unik dan berbeza dari yang lain disebabkan visualnya yang luar biasa.

Dengan siri Marvel yang bakal keluar di Disney Plus tidak lama lagi, salah satu daripadanya akan berkait secara langsung dengan Doctor Strange 2 iaitu, siri Wanda Vision. Wanda juga akan termasuk juga dalam senarai karakter yang akan ada dalam filem Doctor Strange 2. Termasuk juga beberapa karakter Marvel baru yang dikhabarkan akan membuat penampilan pertama di dalam MCU. Baron Mordo yang dilakonkan oleh Chiwetel Ejiofor, akan kembali dan katanya dia ada peranan penting dalam sekuel ini memandangkan motifnya berpaling arah semasa pengakhiran filem Doctor Strange (2016).
Sam Raimi Akan Mengarah Filem Doctor Strange 2

Pernah tengok filem trilogi Spider-Man awal tahun 2000 dulu? Di mana Tobey Maguire memegang watak Peter Parker/Spider-Man sebelum Andrew Garfield dan Tom Holland melakonkan watak tersebut. Kalau tak pernah tu, silalah tengok dan aku rekomen korang terus tengok Spider-Man 2 (2004). Ia masih filem Spider-Man yang paling best bagi aku!
Pengarah filem trilogi Spider-Man tersebut bernama Sam Raimi dan beliau akan menggantikan bekas pengarah filem Doctor Strange, Scott Derrickson, untuk filem Doctor Strange 2 ini. Scott Derrickson menarik diri sebagai pengarah filem tersebut kerana berbeza pendapat dengan Marvel Studios. Namun, dia masih terlibat dengan filem tersebut tetapi sebagai penerbit sahaja. Scott Derrickson juga telah menulis satu kenyataan di laman sosial Twitter bagi menunjukkan persetujuannya dengan pengarah baru tersebut.