FIFA 21 – Masih Game Bola Yang Sama Ke?
Setiap hujung tahun, mesti ada game FIFA yang baru yang akan keluar. Kitorang pun dah pernah bandingkan game bola sepak antara FIFA 20 dengan PES 2020 pada sebelum ini. Tapi game FIFA ni satu je masalah dia setiap tahun. Apa dia? Game yang sama je. Yang bezanya hanyalah pada grafik dan pemain dalam pasukan tertentu mengikut musim sedia ada. Tapi kali ni, nampaknya EA Sport telah menambah pembaharuan. Berbaloi ke?
Mod Career
Mod ini bertujuan untuk bagi pemain lebih tertarik dengan dunia FIFA dan akan membuatkan korang sibuk untuk uruskan team idaman korang. Anggap la macam kempen cerita untuk game ni tetapi korang yang tetapkan sendiri.
Mod ini memberi kebebasan kepada pemain untuk menguruskan setiap saat perjalanan pasukan mereka ke puncak permainan dengan keperinician baru dalam pertandingan, latihan, dan perpindahan.
1. SIM Pertandingan Yang Interaktif
Ini adalah kaedah baru untuk bermain musim permainan korang. Korang boleh lompat masuk dan keluar dari permainan semasa perlawanan untuk mengawal hasil perlawanan korang, mengubah perjalanan permainan dengan mengawal detik-detik penting seperti penalti dan free kick, dan korang juga boleh membuat perubahan secara langsung dari sim dengan memantau tahap prestasi pemain dan statistik perlawanan. Dalam kata lain, korang boleh ubah bentuk dan cara permainan mengikut kehendak sendiri.
2. Pembangunan Pemain
Korang boleh nikmati lebih banyak kawalan ke atas pertumbuhan pemain. FIFA 21 mempunyai latihan kedudukan baru yang membolehkan korang untuk mengubah kedudukan setiap pemain seperti pemain tengah penjaring gol menjadi 9s palsu, dan banyak lagi. Korang juga boleh mengembangkan skuad korang di bidang yang korang mahu supaya sesuai dengan gaya permainan sendiri.
3. Ketajaman Pertandingan & Latihan Yang Aktif
Korang boleh dapatkan lebih banyak gambaran mengenai tahap prestasi skuad sendiri dengan ketajaman pertandingan, atribut baru yang menunjukkan betapa besar kemungkinan prestasi pemain pada saat-saat paling penting sepanjang permainan. Active Training System baru yang memberi korang kemampuan untuk mengatur sesi latihan berkumpulan untuk meningkatkan prestasi striker korang untuk jadi lebih padu, atau pemain pertahanan membuat penanganan utama yang menghasilkan perbezaan antara menang dan kalah.
4. Sistem Pemindahan Pemain Baru
Realisme pada sistem perpindahan pemain yang dipertingkatkan dan menyediakan cara baru untuk menandatangani pemain. Korang boleh buat tawaran Pinjaman untuk Beli dengan yuran perpindahan masa depan untuk mendapatkan bakat baru untuk pasukan korang.
Tarikh Keluaran & Pre-Order
Tarikh keluaran FIFA 21 ini adalah pada 9 Oktober 2020 ini. Game ini boleh didapati untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X dan PC. Korang boleh pre-order sekarang sama ada di website rasmi FIFA 21 ataupun korang boleh beli dengan harga murah sikit di Lazada bermula dari RM209.