eSukan SUKMA 2020
Pada bulan Mac 2019 yang lalu, Jawatankuasa Tertinggi SUKMA 2020 telah mengesahkan bahawa eSukan bakal ditambah masuk sebagai salah satu daripada 6 sukan pilihan tambahan yang akan dipertandingkan di SUKMA 2020 tahun hadapan.
Senarai permainan yang telah disahkan untuk dipertandingkan ialah Dota 2, Mobile Legends Bang Bang dan juga game bola sepak Pro Evolution Soccer (PES). Pusingan kelayakan negeri bagi acara esukan ini akan bermula bulan Julai ini.
Seperti apa yang kami post di Instagram Budak Gamer pemilihan Atlet Selangor ke SUKMA Johor 2020 sudah bermula untuk eSukan.
Kau dah bersedia untuk berkhidmat untuk Selangor?
Jika dah, keperluan minimum adalah seperti berikut:
- Lahir pada tahun 1999 dan selepas sahaja
- Berasal atau menetap di Negeri Selangor
- Belajar atau bekerja di Negeri Selangor
Keperluan utama – Seorang Budak Gamer Kental!
Permainan yang dipertandingkan:
- Dota 2
- Mobile Legend Bang Bang (MLBB)
- Pro Evolution Soccer (PES)
Jadual Saringan dan Tempat
- Dota 2 – 24 Ogos 2019 (Eblue Fourlife Bangi), Saringan
- Dota 2 – 25 Ogos 2019 (Eblue Repulze Shah Alam), Saringan
- Dota 2 – 31 Ogos 2019 (Pantheon USJ), Final
- MLBB – 3 Ogos 2019 (Online), Saringan
- MLBB – 31 Ogos 2019 (Patheon USJ), Final
- PES – 17 Ogos 2019 (RB Gaming Hub Shah Alam), Saringan
- PES – 18 Ogos 2019 (Chillax Studio Bangi), Saringan
- PES – 31 Ogos 2019 (Pantheon USJ), Final
Terdapat yuran komitmen RM15.00 untuk PES sahaja. Maklumat lanjut boleh diperolehi di Insta Majlis Sukan Negeri Selangor. Untuk pendaftaran, sila hubungi melalui applikasi whatsapp:
- http://www.wasap.my/+601117713707 (Don) dan
- http://www.wasap.my/+60108950314 (Ery)