BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

EA Access Kini Boleh Dilanggan di PS4

EA Access kini sudah berada di PlayStation 4.

Kau boleh melanggan dengan membayar RM19 setiap bulan atau RM99 setahun. Bayaran tahunan dapat menjimatkan duit kau hampir 55% berbanding dengan bayaran bulanan.

Langganan boleh dibuat di sini.

Menurut EA, dengan melanggan perkhidmatan EA Access, kau boleh main semua permainan yang disenaraikan di Games Vault EA secara percuma. Pada aplikasi EA Access Hub yang aku muat-turun tadi, dinyatakan terdapat lebih 35 permainan yang boleh dimainkan secara percuma.

Senarai Permainan Percuma EA Access

  • A Way Out
  • Battlefield 1
  • Battlefield 4
  • Battlefield Hardline
  • Battlefield V
  • Burnout Paradise Remastered
  • Fe
  • FIFA 17
  • FIFA 18
  • FIFA 19
  • Madden NFL 17
  • Madden NFL 18
  • Madden NFL 19
  • Mass Effect: Andromeda
  • Mirror’s Edge Catalyst
  • NBA Live 18
  • NBA Live 19
  • Need for Speed
  • Need for Speed: Payback
  • Need for Speed Rivals
  • NHL 17
  • NHL 18
  • NHL 19
  • Peggle 2
  • Plants vs Zombies: Garden Warfare
  • Plants vs Zombies: Garden Warfare 2
  • Star Wars: Battlefront
  • Star Wars: Battlefront 2
  • Titanfall 2
  • The Sims 4
  • UFC
  • UFC 2
  • UFC 3
  • Unravel
  • Unravel Two
  • Senarai diperolehi dari PushSquare

Tidak untuk game baru. Game baru tidak diberikan percuma. Kau hanya boleh mencuba permainan EA yang terbaru 5 hari sebelum ia dilancarkan. Walau bagaimanapun, segala kemajuan dalam percubaan tersebut boleh dibawa ke game penuh jika kau membelinya.

Kau juga boleh mencuba bermain permainan baru itu selama 10 jam. Part ni amat berbaloi. Macam-macam boleh dicuba dalam 10 jam. Game The Division 2 pun boleh sampai ke level 20+ dalam masa 10 jam.

Apa yang kami lihat tadi, 2 permainan baru yang boleh dicuba sekarang ialah Anthem dan Madden NFL 20.

Of course, sebagai ahli EA Access ada 10% diskaun ke atas harga permainan baru tersebut.

Sila lihat contoh di bawah.

EA Access FIFA 20

Contoh ini pula ialah permainan BattleField 1 yang diberikan percuma. Nampak tak kat harga tu, ditulis Free for EA Access members.

Kalau berminat, kau boleh melanggan terus dari PS Store di konsol PS4 selepas memuat turun aplikasi EA Access Hub.

Berbaloi ke tidak EA Access?

Dari segi harga, langganan setahun EA Access adalah jauh lebih murah daripada PS Plus. Rujuk harga terbaru langganan PS Plus di sini.

Dari segi senarai permainan percuma yang ditawarkan, ada banyak pilihan dan nampak menarik. Tiada had muat-turun atau berapa banyak game yang kau boleh main pada satu masa. Boleh download dan main bila suka.

Cuma, kau hanya boleh mainkannya selagi masih melanggan. Kalau kau batalkan langganan, maka tak boleh lah main lagi. Tetapi kalau kau sambung langganan, permainan itu boleh dimainkan semula.

Sama sahaja seperti Netflix.

EA Access vs PlayStation Plus

Kedua-duanya bukan dicipta untuk bersaing di antara satu sama lain, tetapi mereka melengkapi satu sama lain. PS Plus masih lagi diperlukan untuk permainan multiplayer dalam talian. Terutamana games seperti Battlefront, Battlefront II dan juga TitanFall 2.

Pendapat Kami Tentang EA Access?

Pada harga RM99 dengan senarai permainan sedia ada, ia amat murah jika dibandingkan dengan harga permainan yang baru dilancarkan. Lihat sahaja tanda harga RM249 untuk EA Sports Fifa 20 di atas. Kalau game lama seperti TitanFall 2 pun, harga masih disekitar RM70-90.

Dan kalau EA hanya tambah 1 game baru setiap tahun pun, dah pulang modal.

Cuma, kena ingat, dengan lebih banyak pilihan permainan untuk dimuat-turun, external hard disk 2TB pun tak akan cukup seperti apa yang kami alami baru-baru ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More