BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

E3 2020 DIBATALKAN

E3 2020 yang dijadualkan pada 9 hingga 11 jun 2020 yang bakal berlangsung di Los Angeles, US, telah dibatalkan secara rasmi oleh pihak E3 Expo. Mereka telah mengeluarkan kenyataan secara rasmi di laman Instagram mereka (@e3expo). Pembatalan ini berlaku berikutan kes virus yang sedang berleluasa di seluruh dunia pada waktu sekarang iaitu, Coronavirus atau lebih dikenali sebagai Covid-19.

https://www.instagram.com/p/B9mfsRQlXDj/
Post daripada @e3expo berikutan pembatalan acara terebut di laman Instagram.

Berita Mengenai Konsol Game Utama

1) Sony

Walaupun sebelum pembatalannya, E3 2020 bakal menjadi konvensyen yang paling kontroversi – dengan beberapa pemaju, penerbit dan personaliti video game memutuskan untuk tidak menghadiri acara tahun ini. Sony adalah yang pertama mengatakan mereka tidak akan menghadiri sejak bulan Februari yang lalu. Sony juga tidak menghadiri E3 2019 yang lalu. Termasuk tahun ni, dah dua kali Sony tidak terlibat dengan konvensyen tersebut.

ps e3 2019

Dengan PS5 dan pelbagai game baru yang bakal dikeluarkan pada tahun ini, termasuklah yang paling dinantikan oleh kami, iaitu The Last of Us Part II, apakah next big plan yang bakal dibuat oleh Sony untuk kekalkan reputasi mereka dalam industri ini?

2) Xbox

Ketua Xbox, Phil Spencer berkata, E3 adalah acara yang penting buat Team Xbox. Maka, mereka akan tetap teruskan usaha mereka untuk pastikan komuniti Xbox akan diberikan update terkini secara digital.

Ketua Xbox, Phil Spencer berkata dia laman Twitter beliau.

3) Nintendo

Bagi yang mengharapkan berita baru tentang model Switch Pro yang baru, korang boleh kena teruskan menunggu. Mungkin Nintendo akan fokuskan video game sahaja. Kami juga mendapat treler pertama untuk sekuel Zelda BOTW di E3 tahun lepas, jadi kami berharap untuk mendapatkan lebih banyak pengumuman rasmi, mungkin dengan tajuk dan idea bila permainan ini bakal dikeluarkan. Kami mengharapkan Super Smash Bros Ultimate untuk terus mendominasi saluran akhbar Nintendo, mungkin dengan maklumat mengenai DLC ​​baru.

zelda 2
Teaser sekuel Zelda: Breath of The Wild.

Apa Yang Korang Boleh Harapkan?

Setakat ini, tiada berita terkini lagi mengenai apa yang akan berlaku dan bagaimana plan E3 untuk diteruskan secara digital. Apa yang kita boleh jangkakan adalah, akan ada banyak video game yang baru yang bakal dikeluarkan dan korang boleh nantikan pelbagai jenis gameplay dan treler baru di platform Youtube. Semetara itu, korang boleh layari laman web E3 untuk membaca kenyataan penuh mereka dan untuk terus mengetahui update terkini mengenai situasi konvensyen tersebut di e3expo.com.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More