BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

E3 2019 – Game-game Yang Mendapat Perhatian Kami

e3 2019

E3 adalah event game terbesar dunia yang diadakan setiap tahun. Event ni akan mendedahkan secara rasmi game apa yang bakal keluar. E3 2019 telah diadakan di Los Angeles, California. Siapa yang banyak duit tu boleh la belanja aku pergi sana..

Game apa yang korang boleh expect akan keluar? Haaa meh sini aku nak bagitahu. Ini adalah antara game-game yang mendapat perhatian kami :

1) Call of Duty: Modern Warfare (2019)

cod mw reboot

Banyak spekulasi yang mengatakan ini adalah reboot dan ada juga kata ini adalah sequel. Walau bagaimanapun, Call of Duty telah mengumumkan secara rasmi yang game ni memang reboot kepada francais Modern Warfare yang paling laris antara siri Call of Duty yang lain.

Game ni mendapatkan sambutan paling hangat ketika E3 2019. Detail pasal game pun diorang dah bagitahu semasa panel game tersebut. Apa yang membuatkan gamers tak sabar nak main adalah jenis game engine yang baru yang developers dah develop selama 5 tahun. Mesti nampak real bila main ni!

Nak tahu lebih lanjut pasal game ni, korang boleh baca artikel pasal Call of Duty: Modern Warfare (2019).

2) Cyberpunk 2077

cyberpunk

Game terbaru yang mendapat sambutan yang sangat luar biasa apabila company CD Projekt Red umumkan game terbaru mereka pada tahun 2012 selepas habis develop game Witcher 3: Wild Hunt. Game ini berkonsepkan open-world gaming sama macam GTA. Maksudnya, korang boleh jalan-jalan satu map dan buat apa sahaja yang korang nak! Tapi still ada story yang melibatkan character yang korang main nanti.

Players akan main sebagai cyborg di dalam dunia yang berkonsepkan futuristic. Keanu Reeves juga akan memainkan watak yang sangat penting dalam game ni. Yaaa John Wick pun ada!

3) Square Enix’s Avengers

the avengers

Kalau korang kenal company Square Enix ni, korang mesti familiar dengan game Final Fantasy. Game Final Fantasy ni boleh dikategorikan antara game-game klasik yang terbaik. Jadi, aku letak harapan tinggi yang game Avengers ni boleh jadi yang terbaik jugak.

Setakat ni, takde lagi gameplay rasmi. Yang ada hanya trailer yang dikeluarkan ketika E3 2019. Antara playable characters yang dah confirm adalah Iron Man, Captain America, Thor, Hulk, Black Widow dan Hank Pym’s Ant-Man.

4) Star Wars Jedi: The Fallen Order

star wars fallen order

Game terbaru keluaran EA. Mereka juga telah berkolaborasi dengan Respawn Entertainment, company yang telah develop game Titanfall dan Apex Legends. Game Star Wars baru ni lebi kurang macam game Star Wars: The Force Unleashed yang korang main dekat PS2 dulu.

The Fallen Order akan menceritakan seorang Jedi yang hidup pada zaman selepas event dalam Star Wars: Episode III. Gameplay rasmi telah dikeluarkan oleh EA pada conference E3 2019 yang lalu. Secara keseluruhan, aku puas hati dengan gameplay yang diorang pamerkan.

5) Ghost Recon: Breakpoint

ghost recon breakpoint

Sambungan daripada game RPG perang, Ghost Recon: Wildlands (2017). Game ni lebih kurang macam game The Division dan The Division 2 keluaran Ubisoft juga. Game ni sesuai untuk gamers yang suka game perang dalam bentuk taktikal ataupun strategy. Game ni lagi sesuai main dengan friends tapi Ubisoft dah confirm yang game ni akan ada offline A.I teammates. So, jangan risau kepada yang suka main solo tu.

Macam Cyberpunk 2077, diorang ada Keanu Reeves. Untuk game ni pula diorang ada Jon Bernthal. Haaaa The Punisher pun ada! Walaupun aku tak faham kenapa Netflix cancel Tv Show tu haihh..

Jadi, tu antara game-game yang mendapat perhatian orang ramai. Senarai bawah ni pula game-game lain yang diumumkan juga semasa E3 2019:

  • Halo: Infinite
  • Doom Eternal
  • Death Stranding
  • Control
  • Borderlands 3
  • Watch Dogs: Legion
  • Rainbow Six: Quarantine
  • Blair Witch
  • Final Fantasy VII Remake
  • Dying Light 2
  • Deathloop
Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More