BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

The Division 2: Pengkhususan Terbaru The Gunner

The Gunner adalah pengkhususan ke 4 yang dilancarkan bersama update terbaru The Division 2 minggu lepas. Walaupun 3 pengkhususan sedia ada boleh digunakan terus setelah kau berjaya memasuki world tier-1 selepas tahap 30, The Gunner tidak.

Akses automatik ke The Gunner hanya akan diperolehi jika kau telah membeli pas Year 1 atau Gunner Specialization Pack. Kalau tak sanggup untuk keluarkan duit macam aku ha.. ha.. ha.. ha.. kenalah habiskan 5 peringkat Special Field Research.

The Gunner bukan sahaja dilengkapi dengan selaras minigun, pemain juga akan menikmati peningkatan kepada perisai semasa menggunakan minigun. Selain itu kau juga berpeluang mengunakan bom tangan riot foam, pistol P320 XCompact dan mod kemahiran pulse Banshee yang boleh menjadikan musuh bercelaru.

Dah cuba? Best ke tidak?

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More