BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Detroit: Become Human – Konsep Permainan Yang Sangat Menarik Dan Kreatif!

Detroit: Become Human dikeluarkan pada 25 May 2018.
Platform: Playstation 4
Penerbit: Quantic Dream

Berbaloi Tak Detroit: Become Human Ni?

Kami bagi 4.5/5 – Game yang sangat menarik dan boleh membuatkan kita ketagih. Bila pertama kali main, memang tak boleh berhenti dan akan terus main sampai habis!

Apa Yang Bagus?

  • Pelbagai jenis ending yang korang boleh cuba dan ulang game ni banyak kali.
  • Pemain diberi kebebasan untuk membuat pelbagai jenis pilihan sendiri.
  • Grafik yang sangat lawa.
  • Jalan cerita yang menarik dan membuatkan kita rasa simpati terhadap karakter-karakter di dalam game ni.

Apa Yang Tak Bagus?

  • Dialog dalam game kadang rasa agak kekok.
  • Lebih baik jika dunia di dalam game lebih besar dan bebas untuk mengembara atau jelajah.

Apa Itu Detroit: Become Human?

Detroit: Become Human ni adalah permainan pengembaraan yang hanya boleh dimainkan pada Playstation 4 sahaja. Game ni mengisahkan tiga Androids iaitu, Kara (Valorie Curry), yang melarikan diri dari pemilik yang dia berkhidmat meneroka dirinya sendiri dan melindungi seorang gadis muda; Connor (Bryan Dechart), yang ditugaskan untuk memburu androids yang sentient (android mempunyai perasaan seperti manusia); dan Markus (Jesse Williams), yang meletak kepercayaan pada dirinya untuk melepaskan Android yang lain dari penghambaan. Mereka boleh bejaya atau musnah bergantung pada pilihan dialog oleh pemain.

Pernah dengar game seperti Beyond: Two Souls dan Heavy Rain? Kalau pernah ataupun pernah main, Detroit: Become Human ni tak lain sangat daripada game-game tersebut. Game seperti ini memerlukan pemain untuk membuat pilihan sendiri semasa mengikuti cerita di dalam game. Setiap pilihan ataupun interaksi yang kita lakukan akan memberi kesan terhadap apa yang akan jadi selepas sesebuah chapter dalam game tersebut. Kiranya, korang kena pilih pelbagai jenis options ataupun outcomes yang akan tentukan ending game korang.

Ulasan Game Detroit: Become Human

Secara keseluruhannya, Detroit: Become Human memang BEST! dan agak mengejutkan betapa telitinya dan kreatifnya penerbit game ni lakukan untuk menghasilkan game yang sangat menarik seperti ini. Membuatkan kita sebagai pemain berasa terpegun dengan usaha mereka.

Game ni memang berharap pada kita 100% untuk tentukan jalan cerita setiap karakter yang kita main dalam game ni. Jadi tak kisahlah korang berjaya atau tidak, semuanya terletak pada pilihan korang. Ini memberi peluang kepada pemain untuk berfikir di luar kotak dan merancang pergerakan mereka sebelum membuat apa-apa keputusan.

become human flow
Detroit: Become Human Flowchart

Kalau kita main sekali atau dua kali memang tak cukup. Setiap chapter dalam game ni akan ada paling kurang pun 2 ke 3 pengakhiran. Itu tak termasuk lagi dengan pilihan lain yang korang buat sebelum sampai ke pengakhiran chapter tu. Setiap kali korang selesai menghabiskan sesebuah chapter tu, korang akan lihat rangkaian pilihan apa yang korang dah unlock dan apa yang belum. Bila kami mula-mula main chapter yang pertama pun kami dah terkejut sebab ada 6 jenis endings yang korang boleh lakukan. Oleh sebab itu, pemain akan ulang berkali-kali untuk setiap chapter dalam game untuk lihat sendiri apa yang akan berlaku jika pilihan mereka berbeza dengan sebelumnya.

Jalan Cerita Yang Meyakinkan

Kita berpeluang untuk main dengan tiga karakter iaitu, Connor, Markus dan Kara. Setiap cerita dan matlamat mereka adalah berbeza. Seperti Kara yang hanya ingin menyelamatkan seorang gadis bernama Alice daripada ayahnya, Todd. Pada masa yang sama, korang boleh tentukan sama ada Kara itu ada hati seperti manusia ataupun sebuah android yang hanya melakukan kerjanya sahaja?

become human kara
Karakter Kara (Valorie Curry)

Markus pula bertugas untuk menjaga seorang pesakit bernama Carl, seorang pelukis yang berjaya dan juga mempunyai masalah dengan anaknya, Leo. Markus hidup sebagai seorang hamba yang hanya mendengar arahan sahaja. Tetapi Carl yakin bahawa Markus adalah lebih daripada itu. Dari situlah mulanya pengembaraan Markus untuk menyelamatkan Android lain dari penghambaan. Tetapi secara berdamai dengan manusia ataupun memilih jalan untuk berperang? Pilihan di tangan korang.

become human markus
Karakter Markus (Jesse Williams)

Grafik Mantap!

Memang tak boleh nafikan yang game ni memang nampak lawa dan macam real! Grafik game ni memang lawa bersebab. Disebabkan game ni rasa macam movie yang kita tengok dekat wayang, jadi mestilah penerbit game ni usaha lebih untuk nampakkan game ni lebih menonjol dan lawa.

Kesan Pertama Terhadap Game Ni

Mula je game ni memang rasa macam kita berada dalam movie. Dengan cara tumpuan dan pergerakan kamera pada karakter di dalam game. Beberapa minit pertama apabila mula je game ni akan membuatkan pemain berasa sangat tertarik dan menumpukan perhatian yang sangat teliti untuk periksa pelbagai jenis petunjuk dan apakah hasilnya apabila kita membuat sesuatu pilihan.

Korang boleh tengok gameplay pertama kami ni di Youtube channel kami, Budak Gamer.

Kepada yang telah melanggan Playstation Plus, korang dah boleh download game ni di Playstation Store secara percuma kerana ia tersenarai dalam game percuma Ps Plus bulan July yang lepas. Tarikh akhir untuk muat turun adalah sebelum 6 August 2019.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More