BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Death Stranding – Pelik Tapi Menarik

Pernah dengar nama Hideo Kojima?

Dialah yang telah mereka dan menulis siri-siri game Metal Gear. Antara pencapaian terhebat beliau adalah Metal Gear Solid (1998) yang telah dikeluarkan oleh Playstation. Semenjak dari itu, dia telah menjadi pereka permainan video yang sangat terkenal.

Metal Gear Solid V : The Phantom Pain (2015) adalah percuma di PS Plus pada bulan October 2017

Dia terkenal dengan mereka game yang sangat pelik dan unik tetapi memiliki maksud yang tersirat dalam setiap perkara di dalam game tersebut. Hideo Kojima telah menubuhkan Kojima Productions, sebuah syarikat gaming Jepun pada tahun 2005 yang kini akan mengeluarkan game terbaru mereka, Death Stranding.

Apa Yang Kami Tahu Mengenai Game Death Stranding?

Secara jujurnya, kitorang pun tak pasti game ni akan ceritakan pasal apa dan apa matlamat sebenar game ni kepada pemain. Namun, itu bukan penghalang bagi kami sebagai pemain kerana lebih banyak kita tak tahu pasal suatu game tu, lebih bagus. Bukan apa, lagi sikit korang tahu pasal game ni, korang akan merasa sendiri pelbagai jenis kejutan dan pengalaman ketika memainkannya buat kali pertama nanti.

Kojima telah mengatakan bahawa salah satu aspek penting dari trailer pengumuman ketika E3 2016 yang lepas adalah untuk mencetuskan idea “hubungan antara kehidupan dan kematian”. Idea ini sangat menarik dan dari apa yang kami telah lihat dalam trailer yang telah dikeluarkan, kami berasa sangat tertanya-tanya bagaimana idea itu memainkan peranan yang besar dalam game Death Stranding ni.

Ramai pelakon Hollywood terkenal akan memainkan watak yang penting dalam game ni. Antaranya adalah Norman Reedus, yang akan memainkan watak protagonis dalam game ni. Beliau terkenal dengan watak beliau dalam rancangan TV The Walking Dead. Seterusnya, watak antagonis akan dimainkan oleh Mads Mikkelsen. Beliau terkenal dengan watak beliau dalam pelbagai rancangan TV dan filem seperti Hannibal dan Marvel’s Doctor Strange di mana beliau memainkan watak antagonis juga.

Tarikh Keluar Game Death Stranding

Trailer Pengumuman tarikh keluar game Death Stranding

Death Stranding akan dikeluarkan pada 8 November 2019 ini. Game ini hanya dikeluarkan untuk Playstation 4 sahaja kerana ia dikategorikan sebagai salah satu daripada game Playstation Exclusive.

Konsol Edisi Terhad PS4 Pro Death Stranding

Death Stranding

Edisi terhad PS4 Pro Death Stranding ini akan dipasarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga RM1799 pada hari sama game ini akan dikeluarkan.

Ia boleh diperolehi dari mana-mana pengedar rasmi Sony dan PlayStation.

Edisi terhad ini datang dengan konsol PS4 Pro, Dualshock 4 dan permainan Death Stranding versi fizikal.

Acara Khas Jelajah Seluruh Dunia Sempena Pelancaran Death Stranding

Paling dekat kalau korang nak pergi pun ialah di Singapura.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More