BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Dari Komik Ke Skrin Filem

Tiga perkara yang kau tak boleh lari bila kau terlibat dalam salah satu darinya ialah komik, permainan video dan figura aksi. Begitu juga aku, mula-mula nya komik. Itu pun sebab tertarik dengan gambar pada kulit buku komik itu. Beli satu, suka. Lepas tu beli yang ke dua, suka juga.

Bila dah suka baca komik, kau berkawan pulak dengan mereka yang suka komik dan juga figura aksi, terjebak pula ke figura aksi. Dan bila kerap lepak-lepak di rumah kawan membincangkan komik dan figura aksi, kau terjebak pulak dengan permainan video.

And the rest is history.

Tapi kali ni, aku bukan nak membincangkan pasal komik, permainan video atau pun figura aksi, tetapi kepada filem-filem yang bakal ditayangkan di panggung pada tahun 2020 ini. Antara yang menarik ialah:

Black Widow (Marvel Comics )

filem black widow

Scarlett Johansson, yang telah memainkan watak Natasha Romanoff dalam Marvel Cinematic Universe sejak dari filem Iron Man 2 akan kembali lagi dalam filem Black Widow. Walaupun watak Black Widow telah mati secara tragik di dalam Avengers: Endgame, filem ini merupakan sekuel kepada filem Captain America: Civil War dan prekuel kepada filem Avengers: Infinity War.

Kepada anda yang sukakan watak ini, ini mungkin kali terakhir untuk melihatnya.

Morbius (Marvel Comics )

Michael Morbius muncul kali pertama di dalam Amazing Spider-man #101 pada tahun 1971. Masa ni aku tak lahir lagi, still in production. Dalam dunia Marvel, Morbius dirujuk sebagai the Living Vampire kerana dia bukanlah undead. Dia hanya seorang saintis yang cuba menyembuhkan dirinya dari penyakit darah yang jarang berlaku.

Dalam proses mencari penawar, Morbius secara tidak sengaja mengubah dirinya menjadi pontianak yang luarbiasa.

Yang menarik mengenai trailer ini ialah kehadiran Michael Keaton. Adakah dia masih memegang watak Adrian Toomes dari Spider-Man: Homecoming?

Venom 2 (Marvel Comics)

Hmm .. satu lagi filem Sony selain Morbius. Nampaknya Sony bersungguh-sungguh mengunakan hak mereka ke atas watak Spider-Man dan musuh-musuhnya.

Dalam filem ini, watak Kletus Casady akan diperkenalkan. Kemunculan pertama dalam The Amazing SpiderMan #344 pada tahun 1991, Casady juga terdedah kepada simbiotik asing seperti Eddie Brock dan menjadi Carnage. Yang menarik di sini ialah Carnage adalah musuh kepada Spider-Man dan juga Venom.

Baca review kami mengenai Spider-Man: Into The Spider-Verse dan Spider-Man: Far From Home.

Wonder Woman 1984

Selepas filem Wonder Woman yang pertama yang menceritakan tentang perang dunia pertama pada tahun 1918, aku memang menantikan Wonder Woman 1984.

Kali ini banyak rujukan terus kepada komik telah dibuat, antaranya ialah pakaian perisai emas. Ia mempunyai keupayaan terbang dan boleh menambahkan lagi kekuatan Diana. Dalam dunia komik, pakaian ini muncul kali pertama dalam komik Kingdom Come #3.

Rujukan kedua adalah keupayaan Wonder Woman untuk meluncur kilat untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

Kalau kau memang dah pernah baca komik Wonder Woman, rujukan-rujukan seperti ini lah yang dinanti-nantikan. Ye lah, dulu bila baca komik, kita tengok gambar jer, sekarang boleh tengok dalam filem dengan teknologi CGI zaman sekarang, siapa tak teruja.

Walau bagaimanapun satu je yang pelik mengenai trailer filem ini ialah kemunculan semula Steve Trevor. In bukan filem prekuel dan karakter Steve telah mati pada 1918.

Tak perlu bincang lagi sekarang, kita tunggu bulan Jun nanti.

Ada beberapa lagi buah filem seperti Birds of Prey (DC Comics), Bloodshot (Valiant Comics), Eternals (Marvel Comics), The King’s Man (Icon Comics), dan The New Mutants (Marvel Comics).

Nantilah kita sembang lagi.

3 Comments
  1. SITI AWADAH says

    black widow tu best… suka watak dia dalam avenger

    1. DenAbahKau says

      Tapi mungkin ni sahaja filem dia since dia dah mati. Unless MCU revive dia bagi hidup balik.

  2. Adham says

    Bro, black widow dan wonder woman 1984 kena pospon sebab covid-19 ni. Kena tunggu lah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More