Control – Sekuel Kepada Quantum Break?
Control akan dikeluarkan pada 27 August 2019.
Platform: PS4, Xbox One, PC
Penerbit: Remedy Entertainment
Adakah game Control sekuel kepada game Quantum Break (2016)? Jawapannya, TIDAK. Tetapi konsep game ni hampir sama dengan game Quantum Break.
Apa itu Control?
Kalau korang familiar dengan game Quantum Break yang dikeluarkan oleh developer yang sama pada April 2016, jadi korang akan nampak persamaan antara game tu dengan game Control ni. Tema game Control sama sahaja dengan Quantum Break cuma yang membezakan adalah jalan cerita dan karakternya. Diumumkan secara rasmi pada E3 2018 dan telah menarik perhatian ramai gamers.
Control adalah pengembaraan aksi ghaib dan mempunyai elemen-elemen misteri. Game ni berlaku di sekitar Federal Bureau of Control (FBC), sebuah agensi kerajaan A.S. rahsia yang ditugaskan dengan mengandungi dan mengkaji fenomena yang melanggar undang-undang realiti. Korang akan bermain sebagai Jesse Faden, Pengarah baru Bureau, pemain akan menerokai dan merungkai rahsia ibu pejabat FBC yang mengkaji aktiviti paranormal di New York dengan menggunakan kebolehan yang kuat untuk mengalahkan musuh yang dikenali sebagai Hiss, yang menyerang dan merosakkan realiti.
Gameplay Awal
IGN telah diberi peluang untuk bermain dengan game Control terlebih dahulu. Daripada apa yang kami telah lihat, game ni nampak sangat meyakinkan dan seronok untuk main. Dengan gaya permainan campuran kuasa dan senjata, seperti Quantum Break dan Destiny 2. Tambah lagi dengan situasi dan persekitaran game yang pelik dan penuh misteri pasti akan memberi pemain perasaan tertanya-tanya dan suspen. Untuk saksikan gameplay lebih lanjut, korang boleh usha dulu gameplay di bawah:
Dari apa yang kami dah saksikan, game ni ada peluang untuk menjadi lebih better dari Quantum Break dengan konsep game yang sama tetapi penambahan elemen-elemen paranormal yang sangat meyakinkan. Kita boleh berharap agar game ni memenuhi citarasa pemain dan tidak menghampakan.