BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

COD: Black Ops 4 Blackout Boleh Dimainkan Secara Percuma

Activision mengumumkan yang pemain boleh mencuba mod Blackout secara percuma bermula 17 Januari 2019 sehingga 24 Januari 2019. Blackout merupakan mod pertempuran royale yang disertakan di dalam permainan Call of Duty: Black Ops 4.

Sebaik sahaja kau selesai memuat turun, kau boleh terus menyertai pertandingan Blackout dengan pemain lain. Walaubagaimanapun, percubaan ini tidak termasuk keseluruhan pilihan permainan penuh, jadi kau tidak akan mendapat akses kepada mod multi-pemain atau Zombies.

Cara Bermain Black Ops 4 Blackout

Seperti PlayerUnknown’s Battlegrounds and Fortnite, mod ini boleh menampung sehingga 100 pemain pada satu peta. Untuk meningkatkan peluang kau untuk bertahan lebih lama dan/atau menang dalam game ni, kau perlu mencari senjata, perisai dan barangan. Pemain akan dipaksa ke tengah peta secara perlahan-lahan. Hendak atau tidak, kau tak ada plihan selain bertempur dengan pemain lain dalam zon yang lebih kecil. Jadi pandai-pandailah kau nak hidup.

Sebaik sahaja dibunuh, kau juga tidak akan dihidupkan semula seperti yang kau biasa main dalam game COD sebelum ini, jadi kemenangan akan diberikan kepada pemain atau skuad yang terakhir yang masigh hidup.

Berbaloi Atau Tidak Black Ops 4 Blackout ni?

Harga Call of Duty: Black Ops 4 yang agak mahal dan tidak mesra pelajar U atau eksekutif biasa biasa tidak memungkinkan untuk kau membeli semua game baru yang dilancarkan di pasaran.

Jika kau ingin mencuba Call of Duty: Black Ops 4 mod Blackout tetapi tidak memiliki permainan ini, tunggu apa lagi. Sementara ia percuma, game ini adalah sangat berbaloi untuk dimuat turun.

Tawaran ini dibuka kepada semua pemain di Playstation 4, Xbox One dan PC. Tapi ingat, hanya sehingga 24 Januari 2019. Setakat ini, kau ada 3 hari lagi.

Sementara menunggu download kau habis, sila ke Youtube Channel Budak Gamer untuk lihat aksi noob budak PUBG yang cuba nak try main Blackout.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More