Call of Duty: Modern Warfare – Bentuk Permainan dan Trailer Multiplayer

Bagi aku, Call of Duty: Modern Warfare 2 (November 2009, PlayStation 3) merupakan game CoD yang terbaik pernah dihasilkan. Walaupun ada misi yang memerlukan kau membunuh orang awam di lapangan terbang, Call of Duty: Modern Warfare 2 telah menetapkan standard baru kepada semua permainan first-person-shooter selepas itu. Tidak dinafikan kontroversi itu juga telah melonjakkan jualan siri CoD tersebut.

Dari situ aku mula mengumpul siri CoD secara konsisten. Black Ops, Black Ops 2, Ghosts dan lain-lain.

Black Ops 3 juga dibeli sekali bersama konsol PS4 edisi khas Battlefront. Sebenarnya nak kan PS4 edisi khas Black Ops 3, tapi kena tunggu lama. Jadi, angkat yang ada gambar Darth Vader lah.

Black Ops 3 juga merupakan antara siri CoD kegemaran aku. Tetapi, aku tidak dapat menerima pembaharuan yang dilakukan pada siri Call of Duty: Infinite Warfare (November 4, 2016), dan aku stop di situ.

Tak pandang dah Call of Duty: WWII dan juga Call of Duty: Black Ops 4

Tetapi ….

Bila kau dihidangkan dengan Trailer baru multiplayer Call of Duty: Modern Warfare berlatar-belakangkan lagu Metallica – Enter Sandman, lagu yang kau layan masa zaman uni dulu, menjadikan Call of Duty: Modern Warfare reboot game mesti beli tahun ini.

Call of Duty: Modern Warfare – Multiplayer Reveal Trailer

Infinity Ward juga telah melancarkan livestream Multiplayer pada 1 Ogos lepas.

Kalau kau terlepas siaran langsung pada hari tersebut, siaran ulangan livestream tersebut boleh dilihat di bawah:

Call of Duty: Modern Warfare – Multiplayer Premiere

Yang paling menarik, Activision menyatakan bahawa Call Of Duty: Modern Warfare kali tidak akan mempunyai sebarang pas musim dan juga semua kandungan baru akan diberikan secara percuma untuk semua pemain.

Rujuk video pada minit ke 22:

  • No Season Pass
  • Free Content Updates

Fokus kali ini juga lebih kepada senjata yang digunakan. Terdapat lebih 60 pengubahsuain boleh dibuat dan setiap perubahan ada kebaikan dan keburukkannya. Perkembangan terhadap senjata yang dibuat pada kempen single-player boleh juga diteruskan dalam multiplayer dan begitu juga sebaliknya.

Macam-macam dibincangkan dalam video yang sepanjang 4 jam setengah ni. Kau perlu langkau secara manual untuk melihat bentuk permainan multiplayer, sebab video ni boleh dikatakan hampir 80% bercakap.

Mod multiplayer ada:

  • Mod Gunfight 2 vs 2
  • 6 vs 6
  • 10 vs 10
  • 20 vs 20
  • dan Ground War yang boleh menyokong sehingga 100 pemain.

Nampaknya, dari apa yang dibincangkan, Call of Duty: Modern Warfare telah kembali ke jalan yang betul. Membangunkan game berdasarkan pada dunia nyata, bukan terlalu futuristik dan rumit. Itu yang peminat mahukan dari siri CoD. Kalau nak main game di angkasa, baik aku main Battelfront II sahaja, Destiny’s 2 ataupun TitanFall 2.

Pandangan para peminat pada keluaran lepas juga telah diambil kira. Sudah semestinya ini sesuatu yang bagus.

Jadual sesi Beta juga telah diumumkan. Pemilik PS4 akan dapat mencuba sesi Beta lebih awal dari platform lain.

  • 12 – 13 Sept untuk pemilik PS4 yang telah membuat tempahan awal.
  • 14 – 16 Sept untuk Open Beta pemilik PS4.
  • 19 – 20 Sept untuk percubaan cross-play antara platform PC, Xbox One and PlayStation 4. Tarikh ini untuk mereka yang telah membuat tempahan awal sahaja.
  • 21 – 23 Sept untuk sesi Open Beta untuk semua.

Call of Duty: Modern Warfare Dark Edition

Call of Duty: Modern Warfare Dark Edition

Pada hari yang sama GameStop juga mengumumkan edisi Dark Edition.

Menurut blog Activision, Call of Duty: Modern Warfare Dark Edition ini boleh ditempah awal, tetapi kuantitinya terhad. Ia mengandungi:

Item Fizikal:

  • Call of Duty: Modern Warfare game
  • Steelbook
  • Night Vision Goggles
  • Display Stand for Night Vision Goggles

Item Digital:

  • Custom in-game Tactical Knife
  • “All Ghillied Up” Operator Pack
  • “Crew Expendable” Operator Pack
  • “War Pig” Operator Pack
  • Call of Duty Endowment (C.O.D.E.) Animated Calling Card – yang ini hanya boleh diperolehi daripada penjual yang mengambil bahagian sahaja

Night Vision Goggles yang ditawarkan itu sebenarnya berfungsi dan boleh digunakan untuk melihat hampir 20 meter dalam gelap.

So macam mana kau rasa? Dah bersedia untuk siri terbaru Call of Duty ini?

Bila Game Call of Duty: Modern Warfare ni Keluar?

Call of Duty: Modern Warfare akan dikeluarkan pada 25 Oktober 2019 untuk platform PlayStation 4, Xbox One dan PC. Call of Duty: Modern Warfare juga akan menyokong fungsi cross-play di antara platform.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *