BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Call of Duty: Modern Warfare (2019) – Segar Dan Gempak!

call of duty modern warfare 2019

Call of Duty: Modern Warfare dikeluarkan pada 25 Oktober 2019.
Platform: Playstation 4, Xbox One, PC
Penerbit: Infinity Ward, Activision

Berbaloi Tak Modern Warfare Ni?

Kami bagi 4.5/5 – Game Call of Duty yang paling gempak selepas Modern Warfare 2! Reboot yang sangat menyegarkan bersama-sama karakter-karakter baru dan karakter-karakter yang pernah kita sanjungi dengan beberapa plot twist yang berkesan.

Apa Yang Bagus?

  • Grafik yang real dan gempak.
  • Jalan cerita yang mantap dan memberi kepuasan.
  • Sistem multiplayer yang diperbaharui dengan penambahan crossplay antara platform lain.
  • Pergerakan karakter dalam game dan rasa senjata api yang telah diperbaharui dan memuaskan.
  • Sistem rekaan kelas senjata sendiri yang menyeluruh dan lebih pelbagai.

Apa Yang Tak Bagus?

  • Rekaan bagi beberapa peta dalam multiplayer yang rasa kurang memuaskan.
  • Mod Ground War perlu ditambah dengan kesan kerosakan pada bangunan untuk lebih memuaskan.
  • Sesetengah senjata berasa overpowered.

Apa Yang Baru Dalam Modern Warfare (2019) Kali Ini?

Modern Warfare (2019) ini seolah-olah adalah reboot sepenuhnya kepada siri Modern Warfare yang terkenal di Playstation 3 dulu. Seperti siri-siri sebelum ni, Modern Warfare masih lagi berada dalam premis dan jalan cerita yang sama iaitu, melibatkan pengganas. Kali ni, mereka meneroka lebih mendalam dan lebih ‘personal’ terhadap setiap satu daripada karakter-karakter baru. Dengan tujuan untuk mebuatkan karakter kali ni berasa seolah-olah hidup.

Modern Warfare (2019) memperkenalkan kita kepada karakter baru seperti Alex, Sgt. Garrick dan Farah. Tetapi tak boleh la kalau mereka tak sertakan karakter daripada siri Call of Duty sebelum ini iaitu, tak lain tak bukan, Captain Price. Captain Price kali ni agak berbeza sedikit kerana motifnya yang berbeza tetapi masih mempunyai perangai yang sama. Babak pengenalan beliau merupakan salah satu babak yang sangat gempak yang membuatkan aku melompat sebab terlalu teruja!

Game mechanics juga berbeza. Kalau dulu kita main game Call of Duty rasa biasa dan senang je. Kali ni, recoil senjata rasa lebih tinggi dan korang akan rasa sendiri getaran pada controller yang sangat puas bagi setiap das tembakan. Infinity Ward memang memastikan setiap senjata rasa real bila kita gunakan dan pergerakan pemain dalam game pun lebih memuaskan seolah-olah kita berada dalam game tu.

Grafik game kali ni memang MANTAP! Percayalah, korang memang takkan rasa bosan bila main single player campaign dalam game ni semata-mata hanya nak menikmati pemandangan dalam game ni. Detail setiap benda dari muka karakter-karakter, detail pada bangunan dan pokok, senjata, lighting dalam game dan banyak lagi semuanya mantap. Boleh la kalau nak lawan game Battlefield.

1) Single Player Story Campaign

Game ini berlaku pada zaman yang realistik dan moden. Kempen ini mengikuti pegawai CIA, Alex dan pasukan British SAS, yang terdiri daripada Captain Price dan Sgt. Garrick yang bekerjasama dengan pemberontak dari negara fiksyen Urzikstan, yang dipimpin oleh Farah untuk memerangi bersama menentang pengganas Rusia yang menyerang negara itu. Tetapi masalah menjadi lebih rumit apabila ada tentera pengganas lain yang dinamakan Al-Qatala dan diketuai oleh seorang lelaki bernama The Wolf yang datang menentang keselamatan negara mereka sendiri.

Ini merupakan kempen Call of Duty yang PALING BEST sejak Modern Warfare 2 (2009). Dari segi cerita yang rasa macam kita sedang tonton filem Hollywood seperti filem Black Hawk Down dan 13 Hours yang kedua-duanya diarahkan oleh Michael Bay. Setiap karakter mempunyai perkembangan mereka sendiri dari awal hingga ke akhir yang membuatkan kita rasa simpati dan percaya terhadap mereka. Cara karakter-karakter dalam game berinteraksi antara satu sama lain rasa seperti mereka adalah orang sebenar yang telah dimasukkan dalam game. Setiap perbuatan dan percakapan rasa sangat realistic dan memuaskan. Kadang aku boleh rasa keliru yang aku ni main game ke tengok movie.

Setiap chapter dalam kempen akan diikuti beberapa potongan adegan cinematic di mana, jalan cerita mengenai situasi dalam game akan berlaku. Adegan ini kemudiannya akan terus beralih dengan gameplay misi tanpa sebarang loading screen.

2) Muliplayer

Buat pertama kalinya, Modern Warfare membolehkan cross-platform ataupun crossplay bagi permainan Multiplayer. Ini bermaksud korang akan bertempur dengan pemain dari konsol ataupun platform yang lain seperti dari Xbox dan PC. Jangan rasa seronok sangat nak crossplay dengan member korang. Jujur aku cakap pemain PC pro gila. Kalau boleh, elak lah diorang. Sekelip mata je korang boleh mati.

modern warfare multiplayer

Untuk tentukan platform mana yang pemain lain gunakan, kalau korang lihat di hujung belah kanan untuk setiap nama pemain dalam game lobby, akan ada icons yang membezakan jenis konsol yang diorang sedang gunakan.

modern warfare icons
Contoh icon konsol yang akan ditunjukkan dalam game lobby.

Peta secara umumnya ada keunikan dan perbezaannya masing-masing. Kalau pada siri sebelumnya korang dah biasa dengan 3 lanes map di mana korang boleh pilih taktik sendiri untuk approach musuh/pasukan lawan dengan 3 laluan pada peta, iaitu di kedua-dua belah kiri kanan dan juga laluan tengah peta. Namun, Modern Warfare terbaru ini tak guna dah konsep yang sama macam yang lama itu. Ada beberapa peta yang berasa agak besar berbanding peta yang lain, antaranya seperti Aniyah Palace dan Grazna Raid. Setiap kali korang nak lintas mana-mana kawasan yang lapang dalam match, aku sarankan korang tengok kiri kanan dan jangan main terjah je. Percaya kata aku, korang akan rasa paling takut dan boleh mati bila-bila je setiap kali korang nak lintas.

mw match filter
Klik pada ruangan Filter.
mw modes
Pilih mod mana yang korang nak main.

Mod Multiplayer yang biasa korang tahu:

  • Team Deathmatch
  • Domination
  • Kill Confirmed
  • Free-For-All
  • Search & Destroy
  • Capture The Flag
  • Infected
  • Gun Game
  • Headquarters
  • Hardpoint

Mod Multiplayer yang baharu:

  • 10v10 Team Deathmatch – Mod Deathmatch biasa cuma penambahan pemain sebanyak 10 pemain dalam setiap pasukan.
  • 10v10 Domination – Sama seperti mod yang biasa, cuma penambahan bilangan pemain kepada 10 untuk setiap pasukan.
  • Realism Mosh Pit – Untuk pemain hardcore! Tiada HUD, lebih damage bagi headshots, dan tiada hit marker bila tembak musuh. Ada beberapa peta pemain akan main pada waktu malam di mana pemain perlu gunakan night vision untuk cari musuh.
  • Gunfight – Korang boleh baca keterangan mod ini dalam artikel kami sebelum ini.
  • Ground War – Mod multiplayer yang terbesar dalam Call of Duty! Pertempuran Domination terbesar dan paling gila dengan 64 pemain di mana 32 pemain bagi setiap pasukan. Kenderaan boleh digunakan.
modern warfare ground war
Karst River Quarry, salah satu peta dalam mod Ground War.
modern warfare reliasm
Gameplay menggunakan night vision dalam mod Realism Mosh Pit.

3) Spec Ops

Special Operation atau Spec Ops terdiri daripada beberapa siri misi daripada bilangan lokasi yang pelbagai yang merupakan sambungan daripada Story Campaign. 4 pemain co-op secara online ataupun offline secara solo atau split screen. Korang boleh akses killstreaks dari mod Multiplayer.

modern warfare spec ops

Musuh yang merupakan NPC (non-playable character) akan bertindak balas terhadap pilihan korang dalam usaha untuk melaksanakan misi, sama ada korang pilih nak bertindak secara diam-diam (stealth) atau serang terus. Musuh boleh menggunakan lebih banyak tentera melalui helikopter atau Juggernauts untuk menghapuskan korang.

Update Terkini

Game ini akan terima update bermusim secara percuma. Tetapi pemain juga boleh dapatkan kandungan extra dengan membuat pembelian daripada Battle Pass dan Season Pass.

1) Season One – 3 Disember 2019

modern warfare s1

Senjata multiplayer yang baru:

  • Holger-26 – Senjata mesin ringan automatik sepenuhnya untuk menahan gelombang musuh.
  • Ram-7 – Senjata mesin automatik reka bentuk yang padat sesuai untuk pertempuran jarak dekat.

Peta multiplayer yang baru:

  • Crash – Peta klasik dari Call of Duty 4: Modern Warfare yang telah diperbaharui.
  • Shipment – Pertempuran jarak dekat dengan ruangan yang kecil dan padat.
  • Vacant

Peta baru mod Gunfight:

  • Atrium
  • Cargo
  • Shipment (2v2)

Peta baru mod Ground War:

  • Port – Sebuah pelabuhan perkapalan yang ada banyak lokasi sniper yang tinggi-tinggi. Jadi, korang kena hati-hati dan peka.

2) Season Two – 11 Februari 2020

modern warfare s2

Senjata multiplayer yang baru:

  • Grau 5.56 – Ringan, mudah bergerak dan berpotensi penuh.
  • Striker 45 – SMG yang kasar dan berjarak jauh.

Peta multiplayer yang baru:

  • Rust – Peta klasik dari Call of Duty : Modern Warfare 2 yang telah diperbaharui.
  • Atlas Superstore – Tempat tertutup dan banyak selok belok dan kawasan yang korang boleh ambil perlindungan ketika bertempur.

Peta baru mod Gunfight:

  • Bazaar
  • Rust (2v2)

Peta baru mod Ground War:

  • Zhokov Boneyard – Kawasan peninggalan rangka kapal terbang.

3) Season Three – 8 April 2020

modern warfare s3

Akan diberitahu selepas dikeluarkan. Apa-apa update terbaru, korang boleh layari website rasmi Call of Duty.

Gameplay Story Campaign Di Channel YouTube Kami

Misi pertama dari Story Campaign Modern Warfare (2019) ini. Korang boleh saksikan gameplay yang lain termasuk Ground War, di channel YouTube kami, Budak Gamer. Jangan lupa Like, Subscribe dan Share dengan kawan korang yang lain. Enjoy!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More