BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

CALL OF DUTY: MODERN WARFARE 2 – Bakal Game Terbesar 2022!

Korang dah sedia ke nak main game Call of Duty terbaru daripada Activision dan Infinity Ward bagi tahun ini? Sekuel kepada game Modern Warfare 2019 ini akan dikeluarkan pada 28 Oktober 2022 pada harga RM299 untuk ke semua konsol. Sekarang sedang berlangsungnya Beta awal dan Open Beta bagi sesiapa yang telah pre-order dan bagi Playstation players. Bukan itu sahaja! Bagi sesiapa yang dah pre-order, korang boleh main Campaign seminggu awal daripada yang lain (20 Oktober). Tarikh beta ini akan berlangsung sehingga 26 September ini. Berikut adalah maklumat terperinci bagi Beta:

  • 16-17 Sept: Akses awal Playstation
  • 18-20 Sept: Semua pemain Playstation
  • 22-23 Sept: Pemain Xbox, Akses awal Steam & semua pemain Playstation
  • 24-26 Sept: Terbuka kepada semua pemain
mw2 beta

Modern Warfare 2 akan meletakkan pemain ke dalam konflik global yang terbaru yang akan menampilkan kepulangan operator ikonik, Task Force 141. Korang juga akan dapat melihat karakter yang korang dah kenali seperti Captain Price, Sgt. Kyle (Gaz), Nikolai, dan tidak lupa, Sgt. John Mactavish ataupun nama samaran terkenalnya, Soap dan tidak lupa juga karakter Mexican terbaru iaitu Col. Alejandro Vargas. Modern Warfare 2 akan mengekalkan game-engine yang sama seperti Modern Warfare (2019), jadi korang boleh expect movement dan gun-control yang memuaskan dan gempak!

Game ini mengandungi content yang standard seperti Campaign dan Multiplayer pada hari pertama launch. Kalau korang pre-order secara digital, korang juga akan dapat extra blueprint untuk weapon M4 yang boleh diakses di dalam Gunsmith dan juga skin pack limited bagi operator dalam multiplayer.

mw2 digital preorder

Ya, Gunsmith kembali lagi dengan lebih banyak customization bagi loadout yang korang boleh bina dan guna, dengan tambahan baru di mana korang boleh gunakan customization yang sama dari weapon yang sebelum ke weapon yang seterusnya, tanpa perlu level up! Modern Warfare 2 ini, seperti siri pada 2019, akan memberi kelebihan kepada pemain untuk bermain secara cross-play antara semua konsol PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X dan PC. Korang boleh lihat trailer rasmi untuk gameplay Modern Warfare 2 ini di bawah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More