Call of Duty: Mobile Adalah Game Percuma!
Seperti yang korang tahu, Call of Duty telah mengeluarkan game baru di platform mobile, Call of Duty: Mobile pada tahun lalu secara beta. Kerjasama antara Activision dan Tencent untuk membawakan game Call of Duty ke platform mobile yang telah dilancarkan di China. Game ini akan dikeluarkan secara percuma iaitu, ‘free-to-play’ dan boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store. Game ini juga akan menampilkan beberapa karakter, peta, mode dan senjata dari pelbagai siri Call of Duty yang lain.
Baca ulasan Call of Duty: Mobile kami.
Diumumkan bahawa Garena yang akan keluarkan Call of Duty: Mobile di bahagian Asia Tenggara. Pra-pendaftaran telah dibuka sekarang hanya di website Garena bagi gamers di Malaysia. Akhirnya! Korang akan dapat macam-macam jenis bonus jika korang daftar sekarang. Info mengenai itu, korang boleh rujuk website Garena juga.
Apa Yang Ada Dalam Call of Duty: Mobile?
Game ni akan menampilkan mode kegemaran bagi siri Call of Duty seperti Battle Royale mode, Multiplayer mode, dan Zombie mode. Game ini akan menampilkan beberapa watak popular dalam Call of Duty, termasuk Captain Price, Soap dan Alex Mason. Game ni juga akan menampilkan peta kegemaran peminat seperti Nuketown dan Hijacked.
Selain itu, Garena menyatakan bahawa jika pra-pendaftaran mencapai 1 juta pendaftar, semua orang yang berdaftar akan mendapat M16 dengan ‘Neon Tiger’ camo, selama tujuh hari! Jadi korang tunggu apa lagi? Daftar la sekarang di Garena!
Selain game Call of Duty: Mobile, bagi yang main menggunakan konsol, korang boleh baca artikel kami berkaitan Call of Duty: Modern Warfare yang terbaru yang juga akan dikeluarkan pada bulan October 2019 ini.