BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Call of Duty Black Ops: Cold War!

Seperti yang dijangkakan sebelum ini, Call of Duty terbaru tahun ini akan kembali ke zaman Black Ops! Dari apa yang kita dapat lihat dalam treler rasmi Black Ops pada 27 Ogos yang lalu, aku dah memang excited gila untuk game ni keluar! Terus terang aku cakap, memang rugi kalau korang tak pernah main game Black Ops (2010) yang pertama dari Call of Duty pada zaman PS3 dulu.

Game Black Ops terkenal dengan aksi yang ganas, brutal dan penggunaan bahasa yang sangat kasar. So, kepada bapa-bapa yang masih kaki gamer di luar sana, aku sarankan korang jangan bagi anak korang yang bawah umur tu main game ni. Black Ops terbaru ini akan kelihatan lebih gempak dengan grafik yang lawa dan realistik berserta game engine yang baru!

Zaman Baru, Misi Baru

Call of Duty Black Ops: Cold War ini adalah sambungan daripada Black Ops yang pertama dahulu. Jadi bagi sesiapa yang belum main lagi, tunggu apa lagi? Bagi yang dah main game ini, korang jangan risau kerana karakter kegemaran korang kembali lagi. Frank Woods, Alex Mason dan Hudson akan menjadi watak utama dalam game ini bersama dengan sorang karakter baru yang bernama Russell Adler, yang merupakan pengendali CIA dan veteran dari Perang Vietnam. Seperti yang dinyatakan pada tajuk, game ini akan berlaku pada zaman Perang Dingin, antara tahun 1947 hingga tahun 1991. Kali ini Woods, Mason dan Hudson akan bekerja rapat dengan CIA dan President Ronald Reagan pada ketika itu, untuk tumpaskan pengintip Russia daripada mengakibatkan peperangan.

frank woods cod cold war
Karakter Frank Woods kelihatan lebih realistik dengan grafik baharu.

Black Ops: Cold War ini katanya akan dikeluarkan bersama dengan PS5 pada hujung tahun ini. Game ini juga akan merangkumi banyak kelebihan dari segi cross-play antara platform permainan game! Di bawah adalah antara ciri-ciri yang akan ada di dalam game ketika dikeluarkan nanti:

  • Story Campaign – Ikuti perjalanan karakter utama game ini dalam mengharungi zaman Perang Dingin di dunia pada ketika itu.
  • Multiplayer – Berperang dan berlawan bersama pemain secara online.
  • Zombies – Tak sah la game Black Ops tanpa mod ini. Sama ada korang main solo atau bersama rakan-rakan pemain yang lain untuk bertahan daripada gelompang zombi.
  • Cross Play – Bermain secara online dengan semua platform game yang lain seperti Playstation, Xbox dan PC.
  • Cross Gen Bermain secara online dengan semua generasi konsol yang lain seperti PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X dan PC.

Tarikh Keluar

Call of Duty Black Ops: Cold War akan dikeluarkan pada 13 November 2020 dan boleh didapatkan untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X dan PC. Korang boleh pre-order sekarang di laman rasmi Call of Duty atau di dalam game Modern Warfare (2019).

Jangan lupa untuk saksikan treler bagi mod Multiplayer pada 9 September 2020 ini!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More