Batman: Arkham Knight – Adakah Ini Pengakhiran The Dark Knight?
Batman: Arkham Knight dikeluarkan pada June 2015.
Platform: PS4, Xbox One, PC
Penerbit:Â Rocksteady Studios
Berbaloi Tak Batman: Arkham Knight ni?
Kami bagi 4.5/5 – Gameplay yang sangat memuaskan dengan persekitaran yang pelbagai dan grafik yang menakjubkan.
Rocksteady tidak pernah mengecewakan peminat-peminat tegar game Batman. Mereka kembali lagi dengan siri yang terbaru mereka, BATMAN ARKHAM KNIGHT. Watak Batman memang dikategorikan antara watak komik yang paling digemar oleh peminat DC Comics. Batman Arkham Knight bermula selepas insiden di dalam Batman Arkham City, di mana Joker telah dibunuh (akhirnya) oleh Batman. Tetapi kisahnya tidak tamat disitu, dia kembali lagi menghantui pemikiran Batman di dalam siri Arkham Knight ini. Pelbagai cabaran yang perlu di atasi oleh Bruce Wayne untuk menyelamatkan Gotham City daripada dirampas oleh musuh-musuh Batman. Siri ini turut memperkenalkan kepada musuh baharu iaitu, Arkham Knight itu sendiri. Apa yang akan dibongkarkan oleh Batman daripada musuh barunya ini?
Gotham City
Lain daripada siri sebelumnya, Batman: Arkham Knight meliputi keseluruhan Gotham City yang besar gila! Gotham City kira-kira lima kali ganda besar daripada Arkham City! Batmobile memainkan peranan yang penting untuk bergerak ke lokasi-lokasi tertentu. Gotham City di dalam game ini adalah unik dan lebih ‘comic accurate’ berbanding filem-filem The Dark Knight.
Combat
Combat secara keseluruhannya, sangat baek! dan memuaskan. Combatnya masih sama berbanding dengan siri-siri Batman sebelum ini. Sedikit penambahan dari segi counter attack yang apabila di counter sebanyak beberapa kali, suit Batman akan tingkatkan lagi performance dan bertindak lebih agresif! Penjahat juga telah dibuat penambahbaikkan dari segi physical injuries. Lebam-lebam di muka akan kelihatan apabila dibelasah habis-habisan oleh Batman. Combat juga lebih brutal dan setiap hentaman dapat dirasa getarannya!
Sidekicks & Villains arkham knight
Side missions dalam game ini lebih banyak dan lebih lama. The Riddler kembali lagi dengan misi yang sama, mengumpul trofinya. Tetatpi dia telah menangkap Catwoman. Batman perlu team up dengan Catwoman bagi mengalahkan The Riddler. Batman juga akan team up dengan Nightwing dan Dick Grayson’s Robin. Kesemua character ini adalah playable dan combat mereka mempunyai ciri yang tersendiri. Kesemua team-up ini akan membuatkan peminat-peminat Batman naik gila kerana combatnya yang gempak dan brutal! Dengan pelbagai combo boleh digunakan!
Selain side mission The Riddler, terdapat juga villains Batman yang lain seperti Penguin, Poison Ivy, Two Face, Deathstroke, Harley Quinn, Hush, Firefly dan lain-lain. Tetapi musuh utama dalam game ini adalah Scarecrow dan Arkham Knight. Tidak lupa juga musuh Batman yang paling digemari oleh peminat tegar siri Batman ini, The Joker! YES! The Joker juga memainkan peranan yang penting dalam siri terbaru ini. How and why? Haaaaa… korang kena lah main dulu.
Apa Yang Bagus?
- Storyline yang mantap
- Combat yang brutal dan memuaskan
- Setiap villains dan heroes mempunyai kelebihan tersendiri
- Gameplay yang worth it walaupun berjam jam
- Ending yang sangat memuaskan
Apa Yang Tak Bagus?
- Kadangkala The Joker boleh membuat kita rasa annoying
- Batmobile terlalu kerap digunakan
- Dialogues kadang rasa kekok
Walaupun game ni dikeluarkan pada 2015, game ni masih worth it untuk dimain sehingga sekarang kerana side missions dan storyline yang best dan padat dengan content! Layan gameplay Arkham Knight kami di Youtube Channel Budak Gamer.