BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Assassin’s Creed Odyssey Percuma Untuk Masa Terhad

Ubisoft telah mengumumkan bahawa Assassin’s Creed Odyssey boleh dimuat turun dan dimainkan secara percuma sehingga hujung minggu ini.

Kau akan dapat full game untuk dicuba. Selain Monster Hunter World, Assassin’s Creed Odyssey datang pada masa yang tepat ditengah-tengah wabak Covid-19. Pergerakkan pun terkawal.

Dah alang-alang dibawah Perintah Kawalan Pergerakan, jom kita main game!

Selepas tempoh permainan percuma berakhir, pemain boleh membawa kemajuan mereka dalam Assassin’s Creed Odyssey jika membuat pembelian permainan tersebut.

Pada masa yang sama, semua yang bermain pada masa tawaran terhad ini akan mendapat set pakaian Ezio’s Roman and Pedang Milanese untuk Kassandra atau Alexios. Cuma ianya perlu dilakukan dengan mendaftar di Ubisoft Club.

Assassin’s Creed Odyssey Ezio's Roman Set

Harga yang di paparkan di PlayStation Store Asia sekarang ini ialah RM118.40, iaitu diskaun sebanyak 60% dari harga asal. Sila rujuk link ini.

Bagaimana Nak Download Assassin’s Creed Odyssey

  • PlayStation 4 – Untuk pengguna PlayStation 4, dari konsol PS4, pergi ke PlayStation Store. Dari situ, pilih demo dan cari Assassin’s Creed Odyssey untuk dimuat turun.
  • PC – Kalau kau ada akaun di Epic Games Store, boleh dapatkannya di sini.

Assassin’s Creed Odyssey boleh dimainkan percuma pada Xbox One, PS4, and PC dari 19 sehingga 22 Mac 2020. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi mereka.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More