BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Apex Legends Mengubah Permainan Battle Royale

Apex Legends dikeluarkan pada February 2019.
Platform: PS4, Xbox One, PC
Penerbit: Respawn Entertainment

Berbaloi Tak Apex Legends ni?

Kami bagi 4.5/5 – Game ni PERCUMA! Kalau nak bandingkan Pubg, Fortnite dengan game ni, tanpa ragu-ragu aku akan pilih game ni.

Apa Yang Bagus?

  • Game ni percuma termasuk semua barang-barang dan senjata dalam game.
  • Gameplay yang pantas dan tak membosankan.
  • Setiap karakter Legends ada kebolehan dan power tersendiri yang korang boleh cuba.

Apa Yang Tak Bagus?

  • Kurang memuaskan jika bermain dengan player lain secara rawak. Better lagi main dengan rakan-rakan ataupun squad sendiri.
  • Beberapa karakter Legends rasa macam overpowered.

Ulasan Apex Legends

apex legends cover image

Apex Legends adalah game keluaran Respawn Entertainment. Developers yang sama yang buat game Titanfall. Apex Legends berlaku dalam dunia yang sama dengan Titanfall. Jadi game ni lebih kurang macam sambungan daripada Titanfall 2 (2016).

Apex Legends merupakan game Battle Royale yang sama seperti Battle Royale yang lain seperti Fortnite, PUBG dan juga Call of Duty: Blackout. Objektif yang sama juga. Players dikehendaki untuk survive sementara circle ataupun ring semakin mengecil dan lebih memadatkan lagi zon perang. Sementara tu, players perlu ‘loot’ barang untuk digunakan semasa berlawan dengan players lain. Tetapi game ni hanya membenarkan players main dalam bentuk squad sahaja. So, yang suka gerak solo tu bolehlah biasakan gerak dengan member. Satu squad maximum 3 players.

Apa Yang Membezakan Game ni?

Apa yang membezakan Apex Legends dengan game Battle Royale yang lain? Game ni memerlukan players untuk memilih satu antara 8 Legends yang disediakan. Setiap squad akan pilih ikut giliran dan korang tak boleh pilih character yang sama. Setiap Legends ada abilities masing-masing. Semua abilities dan skills yang ada pada setiap characters adalah unik dan berbeza. Abilities untuk setiap characters sangat berguna. Takda yang lebih or kurang. Jadi korang boleh la try setiap satu characters tersebut.

apex legends squad

Yang mebuatkan Apex Legends berbeza dengan game Battle Royale yang lain adalah mereka membolehkan players communicate antara mereka tanpa guna mic dengan menggunakan ‘ping system’. Sistem ni memudahkan players untuk tanda location, crates dan enemy dengan hanya tekan satu butang. Teammates yang dah mati juga boleh dihidupkan balik dengan mengambil ‘banner’ diorang dan letakkan pada respawn carriers. Dua features ni sahaja dah boleh ubah cara kita main Battle Royale dengan cara yang lagi better.

Season 1 – Wild Frontier

Buat pertama kalinya, Respawn Entertainment mengeluarkan update baru buat game ni iaitu, Season 1: Wild Frontier pada bulan March 2019. Apa yang baru dan apa yang korang perlu tahu?

Untuk update pertama ni, korang akan dapat bermain dengan karakter baru, Octane – Si Penggemar Adrenalin. Daripada nama sahaja korang dah tahu ability apa yang korang akan gunakan. Antaranya adalah:

  • Stim – Pergerakan korang akan jadi lebih pantas sebanyak 30%. Tetapi akan melibatkan nyawa berkurang.
  • Swift Mend – Nyawa akan ditambah semula secara automatik pada masa tertentu.
  • Launch Pad – Korang boleh gunakan pad melompat yang akan melontarkan rakan sepasukan melalui udara.

Selain daripada karakter baru, korang juga akan dapat Battle Pass pertama. Korang akan diberikan cabaran yang korang perlu atasi untuk mendapat bonus seperti kenaikkan level dan penambahan XP dengan lebih pantas.

Korang juga berpeluang untuk dapatkan skin Legendary untuk setiap karakter Legends. Lagi banyak ganjaran kau dapat, lagi tinggi peluang. Bukan itu sahaja, korang juga berpeluang untuk peroleh bahan-bahan crafting untuk hasilkan skin dan barang-barang Legendary bagi senjata korang.

Season 2 – Battle Charge

Update terbaru Apex Legends kembali lagi untuk bulan ni, July. Season 2: Battle Charge akan dikeluarkan pada 2 July 2019. Jadi, apa yang baru dan apa yang korang perlu tahu?

Untuk season ni, korang akan dapat karakter baru lagi iaitu, Wattson – Pertahanan Statik. Wattson memberi kelebihan dari segi pertahanan terhadap serangan. Antara ability karakter ini adalah:

  • Perimeter Security – Hasilkan pagar elektrik untuk yang beri damage pada musuh dan melambatkan mereka.
  • Spark of Genius – Mengecas sepenuhnya Ultimate Abality korang dan berdiri dekat dengan tiang Pylon akan isi semula Tactical Ability korang.
  • Interception Pylon
    Letakkan pelindung elektrik yang memusnahkan ordanance strike dan membaiki shield yang rosak selagi pelindung elektrik masih ada.

Selain daripada itu, korang akan dapat Battle Pass yang telah dibuat penambahbaikan. Korang juga akan dapat senjata baru iaitu, L-Star. Senjata kategori LMG yang rare dan sangat power. Senjata ini tembak peluru plasma yang besar dan menyebabkan banyak damage. Senjata ni hanya boleh didapati melalui airdrop dengan peluru yang terhad.

Buat pertama kalinya, Apex Legends mempersembahkan Ranked Leagues. Ia akan menjadi tempat untuk pemain yang kompetitif untuk membuktikan kemahiran diorang dan mendapat pengiktirafan atas usaha diorang. So, korang jangan rasa sedih kalau tak dapat attention sepatutnya, okay?

Apex Legends sedang bertanding dengan game Battle Royale yang lain terutama Fortnite. Ini kerana Apex Legends adalah free-to-play dalam semua platform iaitu Playstation, Xbox dan juga PC. Jadi korang tunggu apa lagi? Download dan join komuniti Respawn Entertainment! Korang bolehlah enjoy dulu klip first match game Apex Legends di Youtube Channel Budak Gamer.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More