BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

Aegis Defenders Agak Mengecewakan Bila Main Solo

Aegis Defenders adalah antara games yang diberikan percuma kepada ahli PS Plus untuk bulan Julai 2019. Asalnya dikeluarkan pada 8 Februari 2018.

Platform: PS4, PC dan Switch
Pembangun: GUTS Department
Penerbit: Humble Bundle

Berbaloi ke tak Aegis Defenders?

Kami bagi 2.5/5. Ia sungguh mengecewakan jika kau main seorang diri. Setiap karakter ada fungsi masing-masing. Ada puzzle yang perlu diselesaikan oleh karakter lain dan ada juga yang perlu diselesaikan bersama. Permainan ini tidak boleh dihabiskan oleh satu karakter sahaja. Bayangkan bila bermain solo di mana kau perlu melakukan semuanya seorang diri menggunakan karakter yang berbeza.

Ada masanya bila karakter pertama tersekat dihalangan yang berkunci, kau perlukan karakter kedua untuk membukanya. Ada masanya kau perlukan kedua-dua karakter untuk berdiri di atas platform yang berbeza untuk membuka halangan. Mujo pemain boleh tukar ke mana-mana karakter pada bila-bila masa.

Bukan itu sahaja. Game ini bermula dengan 2 karakter, tetapi bila kau berjaya ke peringkat lebih tinggi, ada 2 lagi watak yang akan diperkenalkan. Bayangkan kau bermain solo dan terpaksa menggunakan kesemuanya untuk menghabiskan game ini. Disokong pula dengan AI yang tidak membantu semasa mod tower defense. Last-last, semua kau kena buat sendiri.

Kesabaran kau pasti akan tercabar.

Yang BEST pendek ni jer – Game ini hanya mula terasa keseronokannya bila dimainkan berdua secara split-screen co-op. Terpaksalah aku tunggu anak aku balik cuti semester untuk main berdua. Boleh lah bersama-sama berbincang mengenai strategi apa yang patut digunakan semasa mod tower defense.

Dan lagi satu, pemain kedua boleh keluar dan masuk pada bila-bila masa pun, walapun pada mulanya kau telah bermula secara solo.

aegis defenders tower defense

Ciri-Ciri Permainan Aegis Defenders

Secara ringkasnya:

  • Game ini boleh dimainkan secara solo atau berdua secara split-screen co-op.
  • Pemain kedua boleh keluar dan masuk pada bila bila masa.
  • Game save hanya boleh dilakukan selepas berjaya menamatkan setiap peringkat sahaja. Dan ianya bukan automatik.
  • Setiap peringkat dipecahkan kepada pengembaraan dan tower defense.
  • Mod pengembaraan memerlukan pemain berlari, melompat, menyerang monsters (yang agak kaku) dan menyelesaikan teka-teki.
  • Dan juga mengumpul barangan purba dan juga sumber-sumber untuk membina barang/senjata unik. Setiap watak dalam game ini mempunyai keupayan unik. Senjata yang boleh dibina juga unik.
  • Dalam mod tower defense, pemain perlu melindungi benda/orang/makhluk penting (ia berbeza di setiap peringkat) dari serangan monsters yang secara tiba-tiba mengganas.
  • Pemain juga boleh menggunakan barang unik setiap karakter untuk membina barang lain atau senjata yang lebih berkuasa. Contohnya seperti bom Clu dipadankan dengan blok Bart = Trishot Turret. Rujuk video ke dua kami.

Cerita di sebalik Aegis Defenders

Ha .. ha.. Gelak dulu ya. Bab cerita ni aku tak ikut sangat. Pertama sekali, Cutscenes nya tak menarik. Penyampaian yang membosankan dan kau pulak tak boleh nak langkau.

Ditambah lagi dengan sejarah bumi dan terma-terma yang pelik seperti Aegis, The Clarent, The Deathless, Manasa, Hozai, Shem dan banyak lagi membuatkan aku tekan sahaja X sampai habis.

Yang aku dapat tangkap ialah kau mengikuti pengembaran seorang datuk, Bart, dan cucu perempuannya, Clu, dari suku kaum Ruinhunters. Mereka telah terjumpa dengan Aegis, sebuah senjata yang berkuasa, dan mereka perlu mengelakkan ia jatuh ke tangan sebuah empayar jahat.

Cubaan Pertama Kami

Jom ke YouTube channel Budak Gamer untuk lihat aksi kami bermain Aegis Defenders secara co-op. Game ni nampak sahaja mudah tapi ia tidak. Baru sahaja kat level 2, kami dah mati. Peringkat ke 3 pun kami mati lagi dan setakat artikel ini ditulis, kami baru di peringkat ke 4.

Monsters yang nampak tidak berbahaya pada level pengembaraan bertukar ganas seperti dicucuk steroid bila dah ramai dalam mod tower defense.

Berminat Dengan Aegis Defenders?

Dapatkannya secara percuma pada bulan Julai ini jika kau ahli PS Plus. Jika bukan, kena lah beli. Aegis Defenders berharga RM38 di Steam semasa artikel ini ditulis.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More