BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

5 Langkah Untuk Muat Turun Permainan Komputer Percuma Dari Epic Games

Setiap minggu ada sahaja permainan percuma dari Epic Games. Kalau kau nak tahu cara muat turun permainan komputer percuma tersebut, sila rujuk langkah-langkah di bawah.

Bagaimana Nak Muat Turun Permainan Komputer Percuma?

1. Daftar Sebagai Ahli Epic Games Store

Mula sekali, kau perlu mendaftar sebagai ahli. Kau boleh ikut link ini untuk ke laman pendaftaran.

pendaftaran ahli epic games

Isi apa yang nama, email dan password dan klik pada ‘Create Account’.

Proses pendaftaran amat mudah, kau boleh juga pautkan akaun Epic Games Store ini terus ke akaun Gmail, Facebook, PlayStation, Xbox atau Nitendo.

2. Pilih Permainan Percuma Yang Kau Nak

Semua permainan percuma yang diberikan setiap minggu boleh dilihat di halaman utama Epic Games. Tetapi, kau juga boleh akses laman web permainan percuma mereka di link ini. Semua permainan yang diberikan percuma terkini ada di situ.

Jangan lupa bookmark ya.

muat turun permainan komputer percuma dari epic games

Games percuma minggu ini ialah Close to the Sun dan Sherlock Holmes: Crimes and Punishments. Sebagai contoh, aku akan muat turun Close to the Sun.

Seperti gambar di atas, klik pada butang ‘Free Now’ pada permainan Close to the Sun.

3. Buat Pembelian

Proses membeli di epic store

Ya, betul, buat pembelian. Walaupun permainan itu diberikan percuma, kau masih perlu melakukan proses pembelian.

Klik pada butang ‘GET’.

Caranya sama seperti pembelian online yang lain, tetapi untuk pembelian ini harganya ialah USD 0.00.

Harga asal akan dipaparakan, begitu juga dengan harga diskaun yang sama dengan harga asal. Seperti gambar di bawah.

Seterusnya, klik pada butang ‘Place Order’.

4. Muat Turun dan Install Aplikasi Epic Games Launcher

Selesai sahaja proses pembelian, laman web tersebut akan meminta untuk memuat turun Epic Games Launcher.

Klik pada ‘Download Epic Games Launcher’

Saiznya 42MB. Hanya memerlukan 2 – 3 saat untuk muat turun. Teruskan proses muat turun dan apabila selesai, install Epic Games Launcher.

4. Lancarkan Aplikasi Epic Games Launcher

Selepas melancarkan Epic Games Launcher, klik pada ‘Library’ dan pembelian yang kau buat sebentar tadi akan dipaparkan di situ.

epic games launcher library diperlukan untuk muat turun permainan komputer percuma

Kalau kau lihat gambar di atas, banyak dah games yang aku dah ‘beli secara percuma’ dari Epic Games.

Cuma The Wolf Among Us yang sudah dimuat turun, sebab itu ia berwarna sepenuhnya.

Warna kelabu yang lain menunjukkan bahawa permainan-permainan itu belum dimuat turun lagi.

Mudah nak bezakan.

5. Langkah Terakhir ialah Muat Turun Permainan Percuma Tersebut dan Main. Yeay!

Semua permainan yang dimuat turun akan disimpan di direktori C:\Program Files\Epic Games. Kau boleh tukar kalau kau mahu.

Begitulah caranya. Mana-mana game free yang kau nak, kau buat jer pembelian. Tetapi pastikan pembelian dibuat semasa waktu tawaran percuma untuk mendapatkan harga USD 0.00.

Kau juga akan dapat resit rasmi dari Epic Games berjumlah USD 0.00 di alamat email yang kau gunakan untuk pendaftaran.

Dan selepas itu kau hanya perlu muat turun bila sudah sedia untuk bermain. Walapun selepas waktu tawaran percuma.

Semua permainan tersebut juga adalah milik kau selamanya.

Senangkan nak muat turun permainan komputer percuma dari Epic Games.

Kalau ini kali pertama kau nak muat turun permainan percuma dari Epic, lihat apa yang kau dah terlepas – Senarai Permainan Percuma Epic Games 2020.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More