BudakGamer.com
I’m a gamer, always have been.

3 Games Percuma Yang Best Dari Playstation Plus 2018

Playstation Plus members telah disajikan dengan game-game yang menarik setiap bulan sepanjang 2018. Ini adalah round up game PS Plus yang terbaik pada 2018.

Bagi team budakgamer.com berikut adalah 3 games percuma yang terbaik dari PS Plus pada tahun 2018.

Call Of Duty: Black Ops 3 (2015)

call of duty black ops

Siri Call of Duty telah berubah ke arah futuristic dari tahun ke tahun selepas daripada Black Ops 1. Kini Activision kembali lagi dengan keluaran terbaru mereka, Black Ops 3. Campaign, Multiplayer dan Zombie adalah tiga game modes yang disediakan. Developers game ni telah explore dengan lebih mendalam ke arah futuristic.

Combatnya masih sama dengan siri-siri Call of Duty sebelum ini. Cuma penambah baikan dari segi smoothness of gameplay dan senjata-senjata yang baru. Setiap player mempunyai ability untuk thrust jump dan wall running. Kedua-dua ini adalah features terbaru di dalam game Call of Duty. Ia mungkin lari sedikit daripada sifat ataupun tradisi Call of Duty iaitu ‘boots on the ground’, tetapi ia memberi peluang kepada players untuk mencari cara yang lebih kreatif untuk berperang dalam match players vs players!

Destiny 2 (2017)

Destiny

Destiny dikeluarkan pada tahun 2014.  Game Destiny telah menangkap perhatian ramai gamers. Destiny 2 pula telah menunjukkan penambahbaikan daripada keluaran pertamanya. Bertemakan fantasy dan adventure yang mempunyai ciri online open world gaming, gamers akan mendapat akses ke lokasi-lokasi yang menarik secara berperingkat dan bermain bersama player online yang lain untuk menyelesaikan pelbagai jenis missions.

Gamers juga diberi pilihan untuk bermain sebagai characters yang berbeza seperti Warlock, Hunter dan Titan. Setiap character ada power tersendiri yang boleh diupgrade dan diubah. Character customizations juga dibenarkan. Kesemua ini memberi kebebasan kepada players untuk mengubah suai character mengikut kehendak mereka.

Mafia III (2016)

mafia III

Mafia III mengikuti cerita Lincoln Clay, seorang jenayah dengan misinya untuk membina sebuah organisasi gangster terbaru. Pada masa yang sama, Lincoln juga menuntut dendam ke atas Italian Mob. Mampukah Lincoln mencapai matlamat beliau? Haaaa.. korang kenalah main dulu.

Game ni lebih kurang seperti game GTA. Open world map yang memberi players kebebasan untuk melakukan apa saja yang mereka mahukan. Pelbagai jenis senjata dan kenderaan yang boleh digunakan. Game ni mengembalikan nostalgia ke zaman 60an dengan soundtracks klasik yang mampu memberikan rentak yang agak hebat ketika bermain.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More